KENCING MANIS BOLEH PUASA KE
IBUUU, KALAU TAK LARAT PUASA, JANGAN PUASA TAU.
Biasa ayat yang macam tu selalu dikatakan oleh anak2 kita kan? Punyalah risau dekat ibu bapa mereka sampai suruh tak perlu puasa. Memudaratkan katanya. Tapi ini untuk yang mengalami masalah kesihatan. Memang betul berpuasa pada bulan Ramadhan adalah wajib untuk umat islam, namun agama Islam mementingkan penjagaan nyawa manusia melebihi segala-galanya.
Ini langkah paling utama sebelum bercadang nak berpuasa. Doktor akan menilai sebarang risiko yang mungkin anda alami jika berpuasa.
sekiranya keadaan diabetis kita masih lagi terkawal dan doktor pun yakin bahawa anda boleh menguruskan penyakit diabetes dengan berdisiplin, maka kita mungkin boleh berpuasa. Namun, kalau sebaliknya, kita mungkin dinasihatkan untuk menangguh kan dulu hasrat berpuasa.
Sebabnya berpuasa bukan sahaja boleh jejaskan para gula darah tapi boleh ganggu tekanan darah kita juga. Doktor mungkin akan menyesuaikan semula waktu ubat diabetes kita semasa bulan ramadhan.
Tips puasa pesakit diabetes 2: Kerap periksa bacaan gula dalam darah
Semasa berpuasa, pesakit diabets amat terdedah untuk mengalami sama ada hipoglisemia ( bacaan gula darah rendah) , hiperglisemia (bacaan gula darah tinggi) dan juga dehidrasi. Maka kita perlu sentiasa ambil bacaan gula darah kita dgn kerap untuk pantau tahap semasa diri anda.
Jangan risau yerr. Ujian gula dalam darah ni tak membatalkan puasa tau. Selain itu pantau tanda-tanda hiperglisemia dan hipoglisemia. Contohnya penglihatan kabur, pening kepala, degupan jantung tidak normal atau rasa nak pengsan.
Tips puasa pesakit diabetes 3: Banyakkan minum air
Kekal hidrasi sangat penting masa bulan puasa. Sebab bila kurang air dalam badan, ianya akan membahayakan pesakit diabetes. Tipsnya banyakkanlah minum air selepas berbuka sehinggalah sahur agar badan kekal hidrat.
Selain itu, elakkan daripada membuat kerja-kerja berat atau berada di kawasan yang panas untuk mengelakkan kehilangan air dalam tubuh badan dengan lebih cepat.
Tips puasa pesakit diabetes 4: Jangan makan terlebih pula
Siapa sahaja yang tidak mahu makan dengan banyak sewaktu berbuka puasa setelah seharian menahan lapar. Namun, pesakit diabetes perlu berpada-pada dalam pemakanan mereka sewaktu berbuka puasa.
Ini kerana, makan dengan banyak selepas anda berpuasa seharian boleh menaikkan paras gula darah dengan mendadak! Makanlah dengan cara yang sederhana supaya anda dapat mengawal paras gula darah dengan baik.
Tips puasa pesakit diabetes 5: Jangan berbuka dengan makanan bergula
Makanan bergula atau dengan kandungan karbohidrat yang tinggi sememangnya menjadi musuh utama bagi pesakit diabetes.
Oleh itu, cuba elakkan untuk memakan makanan yang manis sewaktu berbuka puasa seperti jus buah-buahan, kuih-muih dan sebarang makanan manis yang lain.
Banyakkan pengambilan makanan yang rendah karbohidrat dan tinggi kandungan lemak.
Makanan yang tinggi kandungan lemak boleh menyebabkan anda kenyang dalam tempoh yang lebih lama
JANGAN PAKSA BERPUASA JIKA ANDA DAH ALAMI PETANDA-PETANDA MACAM NI
- Bacaan gula darah lebih rendah daripada 4.0 mmol/L (hipoglisemia)
- Bacaan gula darah melebihi 16 mmol/L (hiperglisemia)
- Badan menggeletar
- Berpeluh-peluh
- Jantung menjadi berdebar-debar
- Berasa seperti hendak pengsan
- Pening kepala
- Berasa keliru
- Berasa lapar sehingga menjadi tidak bermaya
Ingat, tanda-tanda ini merupakan isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak normal sedang berlaku kepada diri anda ketika berpuasa. Segeralah berbuka bagi mengelakkan komplikasi yang lebih buruk.
Anda boleh amalkan minuman herba Triple-T semasa tempoh berpuasa. Ini cara minumnya
> Rebus 2 liter air dengan 2 sachet.
> Minum semasa berbuka puasa sekali..
> Minum semasa nak solat tarawih sekali..
> Minum lepas solat tarawih sekali..
> Minum sebelum tidur sekali..
> Minum semasa sahur sekali..
>Pastikan semasa berbuka puasa hingga sahur minum air dengan banyak yer.
Klik button whatsapp untuk dapatkan Triple-T lagi









Comments
Post a Comment