KENCING MANIS BOLEH PUASA KE
IBUUU, KALAU TAK LARAT PUASA, JANGAN PUASA TAU. Biasa ayat yang macam tu selalu dikatakan oleh anak2 kita kan? Punyalah risau dekat ibu bapa mereka sampai suruh tak perlu puasa. Memudaratkan katanya. Tapi ini untuk yang mengalami masalah kesihatan. Memang betul berpuasa pada bulan Ramadhan adalah wajib untuk umat islam, namun agama Islam mementingkan penjagaan nyawa manusia melebihi segala-gala nya. Jangan pula badan sihat wal afiat, boleh lari 10km tanpa henti tapi sengaja nak batalkan puasa. Amboi2. Tak boleh camtu. Berdosa Penghidap diabetis merupakana golongan pesakit yang terkesan sekirang berpuasa. Ini kerana, puasa pesakit diabetes berkemungkinan boleh menjejaskan paras gula darah mereka menjadi tidak terkawal. Namun, bagi golongan pesakit kencing manis yang cuba dan berusaha untuk berpuasa, sila baca tips puasa di bawah ini. Tips puasa pesakit diabetes 1: Berbincang dengan doktor terlebih dahulu Ini langkah paling utama sebelum bercadang nak berpuasa. Doktor akan men...